QIRAAT SYAZZAH
TAKRIF QIRAAT SYAZAH DAN JENIS-JENIS SYAZAH TAKRIF DAN PENGENALAN QIRAAT SYAZAH BAHASA : Qiraat syaz dari sudut bahasa syaz membawa maksud Bersendirian. ISTILAH : Qiraat yang telah gugur salah satu atau kesemua rukun qiraat mutawatir. APA ITU SYAZAH: Syazah adalah sanad yang mempunyai kecacatan iaitu tidak besambung kepada Nabi Muhammad s.a.w. atau tidak menepati daripada salah satu daripada tiga rukun qiraat sohih. Hukum qiraat syazah ini tidak boleh dibaca dalam atau luar solat. Apabila salah satu rukun daripada tiga rukun qiraat ini tergugur maka dia dinamakan qiraat syazah. انواع الشاذ JENIS-JENIS SYAZAH: 1. Ahad, iaitu qiraat yang sanadnya sohih tetapi tidak sampai mutawatir dan menyalahi Rasm Uthmani atau kaedah Bahasa Arab. 2. Syaz iaitu qiraat yang tidak mempunyai salah satu daripada 3 rukun qiraat. 3. Mudraj, iaitu qiraat yang ditambah dengan kalimat lain yang merupakan tafsirnya. 4. Maudhu' iaitu qiraat yang dinisbahka...